comscore
Tumpuan :
Politik

UMNO sokong Zahid kekal Presiden, Pengerusi BN

Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Oleh Nik Mohamad Aifaa Mohd Zamri

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara menyokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kekal menerajui parti sebagai Presiden dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

“MKT memperkukuh sokongan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk terus kekal menerajui sebagai Pengerusi BN dan sebulat suara menyokong beliau sebagai Presiden UMNO,” kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan media, awal pagi tadi.

Terdahulu kepimpinan tiga parti komponen BN mengemukakan undi tidak percaya terhadap Ahmad Zahid selaku Pengerusi.

Usul berkenaan dikemukakan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Datuk Arthur Joseph Kurup menerusi sepucuk surat.

Berdasarkan surat itu, undi tidak percaya terhadap Ahmad Zahid itu dibuat susulan tindakannya yang didakwa mengkhianati keputusan parti menerusi mesyuarat Dewan Tertinggi BN, pada jam 10 pagi kelmarin.

Surat ditandatangani ketiga-tiga pemimpin itu antara lain meminta Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berundur secara terhormat serta-merta dan digantikan Timbalan Pengerusi, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sementara itu, Ahmad berkata, Perhimpunan Agung UMNO akan dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 24 Disember depan.

 

Loading...
Terkini