comscore
Tumpuan :
Politik

UMNO terbuka bekas ahli, ahli parti lain hadir sebagai pemerhati

Oleh Kadir Edison

KAPIT: UMNO setiasa terbuka untuk mana-mana bekas ahlinya untuk datang melihat sendiri proses semasa perhimpunanan agong UMNO akan datang.

Bagaimanapun kehadiran bekas ahli terbabit hanya sebagai pemerhati sahaja dan tidak boleh berada di dalam dewan perwakilan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, jemputan sama juga terbuka untuk mana-mana ahli parti lain yang ingin turut serta melihat proses perhimpunan itu berlansung.

“Mereka (bekas ahli) boleh hadir tapi bukan sebagai pewakilan. Mungkin sebagai pemerhati di luar dewan,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Sambutan Hari Gawai di Rumah Richard Engking, di sini.

Beliau berkata, menerusi perhimpunan terbabit ia diharap akan dapat menyelesaikan beberapa isu berkait parti itu, sekaligus mengeratkan perpaduan antara ahli dalam parti terbabit.

“Kita harapkan Perhimpunan Agong pada 2023 ini satu titik permulaan bagi kita untuk menyelesaikan pemasalahan atau isu yang ada selama ini,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agong UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki secara berseloroh menjemput bekas ahli parti itu yang telah dipecat untuk turut hadir sebagai pemerhati pada perhimpunan Agong UMNO 2023 mulai 7 Jun Ini.

Loading...
Terkini