comscore
Tumpuan :
Politik

‘Uncle Kentang’ calon bebas di Parlimen Puchong

FOTO : Kuan Chee Heng / Facebook

PETALING JAYA : Aktivis Kuan Chee Heng yang mesra dengan nama ‘Uncle Kentang’ menawarkan diri bertanding kerusi Parlimen Puchong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Beliau memilih untuk bertanding sebagai calon bebas.

“Kamu nak cari calon yang susah kamu mahu mohon bantuan atau kamu mahu calon yang senang dijumpai dan senang dibawa bincang?

“Maka itu, saya merayu biarlah kali ini, kita menjadikan Puchong sebagai mercu untuk ini kalilah buat pertama kali, suara rakyat dibawa ke parlimen.

“Suara yang betul-betul boleh mewakili rakyat, anda dan anak-anak anda serta keluarga anda. Jangan lepaskan peluang ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Parlimen Puchong merupakan kerusi kuat DAP yang dimenangi penyandangnya Gobind Singh Deo sejak tiga penggal lalu.

Bagaimanapun, DAP meletakkan penyandang kerusi Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin di Puchong.

Manakala Gobind di kerusi parlimen Damansara menggantikan penyandangnya Tony Pua yang menyatakan enggan bertanding pada PRU-15.

Loading...
Terkini