comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] Laungan ‘UNDUR ZAHID’ kedengaran di Menara Dato Onn

KUALA LUMPUR: Ahli UMNO Bukit Bintang memohon Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengundurkan diri.

Desakan dibuat atas kekalahan BN yang hanya merekodkan kemenangan paling rendah dalam sejarah hanya 30 kerusi Parlimen.

Kira-kira 20 ahli akar umbi ini turut berteriak “No DAP, No Anwar” kerana mendakwa ura-ura gabungan BN dengan PH bermotifkan kepentingan peribadi Datuk Seri Ahmad Zahid.

Mereka yang ditemui di perkarangan Menara Dato Onn itu juga tidak kisah diambil tindakan dibuang parti.

Laporan lanjut menyusul

Loading...
Terkini