comscore
Tumpuan :
Politik

Wanita UMNO Kedah cadang BN jadi pembangkang yang efektif

FOTO – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Kedah, Datuk Sharifah Maznah Barakbah

Oleh Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Pergerakan Wanita UMNO Kedah mencadangkan Barisan Nasional (BN) untuk kekal di blok pembangkang dan menjalankan kerja semak dan imbang di Dewan Rakyat.

Ketuanya, Datuk Sharifah Maznah Barakbah berkata, langkah itu berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dimana ia membolehkan parti itu diperbaiki daripada dalam dan melakukan pembersihan parasit.

“Bagaimanapun jika kita dititahkan untuk bergabung, ianya perlu dilakukan dengan mengambil kira beberapa perkara sebagai syarat.”

“Analisa kekuatan parti komponen dalam gabungan baru ini perlu dibuat dan digunapakai dalam pengagihan tanggungjawab di dalam kabinet yang bakal dibentuk oleh Perdana Menteri yang bakal dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong.”

Katanya, jangkaan jumlah kerusi gabungan adalah 131 kerusi dan peratusan kekuatan PAS 37.4 peratus (%), BN – 22.9%, parti dari Blok Borneo – 21.3% dan Bersatu – 18.4%.

“Ini kerana, sejarah telah tercatat dalam pilihanraya negeri Sabah, jumlah kerusi yang dimenangi BN adalah lebih besar tetapi Gabungan Rakyat Sabah diterajui oleh Bersatu dan Ketua Menteri juga bukan daripada BN.”

“Secara tidak langsung, peranan BN telah diperkecilkan,” katanya.

Loading...
Terkini