comscore
Tumpuan :
Politik

Warga PD boleh tanya orang Hulu Selangor cara saya bekerja- P. Kamalanathan

Oleh: Izzatie Rizan

PORT DICKSON: “Saya telah lakukan yang terbaik di Hulu Selangor dahulu dan saya akan lakukan yang sama malah lebih baik untuk penduduk Port Dickson”.

Itu janji calon Barisan Nasional (BN), Datuk P. Kamalanathan dalam tekadnya merampas kerusi Parlimen Port Dickson P132 pada Pilihanraya Umum Ke- 15 PRU-15.

“Saya sedar saya ‘underdog…tapi saya akan kerja pagi, petang, senja, siang malam untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional di Parlimen ini” kata beliau ketika ditemui pada majlis ramah mesra jentera Umno di sini malam tadi.

Mengulas mengenai kekalahan sebanyak tiga penggal MIC di kerusi parlimen itu, beliau lebih popular dengan gelaran ‘Cikgu Kamal’ menyifatkan ia medan pertempuran yang perlu digalas beliau sekaligus membukti kemampuan parti komponen BN berkenaan.

“Dengan semangat luar biasa bumi Port Dickson ini kita akan mula pembersihan Negeri Sembilan dari pantai Port Dickson dan akan memberi kejayaan kepada Barisan Nasional yang akan menubuhkan kerajaan di Negeri Sembilan,” katanya.

Untuk rekod, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 2018 dengan majoriti 23,560 undi setelah memperoleh 31,016 undi.

Bagaimanapun pada PRU kali ini, beliau meninggalkan Port Dickson untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun.

Manakala. P. Kamalanathan kalah kepada June Leow dari PKR pada PRU-13 dengan majoriti 13, 391 undi.

Loading...
Terkini