comscore
Tumpuan :
Politik

WARISAN Kedah tampil calon tanding 5 kerusi Parlimen

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Parti Warisan Sabah (WARISAN) menampilkan 5 calon sebagai tawaran parti itu, bagi menandingi kerusi Parlimen di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menampilkan muka baharu, WARISAN memilih kerusi ‘sukar’ dalam langkah sulung menyertai pilihanraya di negeri itu.

Calon wanita, Noraini Md Salleh dinamakan bagi menandingi kerusi Parlimen Pokok Sena, dan dijangka berhadapan tentangan hebat dari Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar.

Kerusi lain yang diintai WARISAN termasuk Parlimen Alor Setar (Datuk Fadzil Hanafi), Kuala Kedah (Syed Araniri Syed Ahmad), Merbok (Khairul Anuar Ahmad) dan Padang Serai (Mohd Bakhri Hashim).

Untuk rekod, WARISAN menamakan 28 calon bertanding bagi kerusi Parlimen di seluruh negara.

Parti itu juga dijangka bertanding 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis dan Perak.

Loading...
Terkini