comscore
Tumpuan :
Politik

WARISAN sedia bekerjasama dengan UMNO – Syafie Apdal

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: WARISAN mengumumkan sedia menjalin kerjasama dengan UMNO demi kepentingan rakyat di Sabah.

Presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal berkata ketetapan itu dibuat berdasarkan pengalaman beliau yang pernah menganggotai UMNO selama 29 tahun.

“Jangan hanya fikir Kuala Lumpur (Persekutuan), kerana itu menjadi keutamaan kepada kita dan kerjasama ini untuk memastikan supaya setiap pentadbiran akan datang menjurus ke arah fokus memastikan Sabah dan pembelaan terhadap rakyat negeri berkenaan menjadi keutamaan,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bersama Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam Perhimpunan Agung Tahunan Parti Warisan Sabah Kali ke-6 pada 14 Disember lalu. – FOTO: NSTP

Bekas Ketua Menteri Sabah itu mengulas sama ada WARISAN sudah memuktamadkan keputusan untuk menjalin kerjasama dengan UMNO bagi pilihan raya negeri (PRN) yang dijangka diadakan tahun ini disebalik tarikh sebenarnya pada tahun 2025.

Januari lalu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengesahkan kedua-dua parti Sabah itu sedang bekerjasama bagi menghadapi PRN negeri berkenaan.

Bung Moktar dipetik berkata kerjasama kedua-dua parti itu akan diumum secara rasmi oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini