comscore
Tumpuan :
Politik

Xavier, Santhara Sertai PBM

PETALING JAYA : Dua lagi Ahli Parlimen yang pernah mewakili PKR sebelum ini, sah menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Perkembangan itu dimaklumkan Presiden pengganti PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin pada sidang media mesyuarat agung pertama parti itu, hari ini.

Katanya, kedua-dua mereka ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Dr Santhara Kumar serta Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar.

Penyertaan itu sekali gus menjadikan PBM mempunyai enam wakil rakyat, masing-masing bekas ahli BERSATU, PKR dan DAP ketika menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini