comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] Zahid Hamidi nafi letak jawatan sebagai Pengerusi BN, Presiden UMNO

 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO sepertimana didakwa dalam satu kenyataan yang tular menerusi media sosial.

Dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini, beliau berkata surat atau kenyataan media yang disebarkan adalah palsu dan rekaan pihak tidak bertanggungjawab.

“Mohon jangan dikeruhkan lagi keadaan. Mohon doakan yang terbaik dalam keadaan sekarang ini,” katanya.

FOTO: Facebook/ Zahid Hamidi

Kenyataan media bertarikh 22 November yang dikategorikan palsu itu turut mendakwa satu mesyuarat tergempar diadakan semalam dihadiri pemimpin utama parti komponen BN yang membuat beberapa keputusan termasuk menentukan sokongan kepada gabungan yang akan membentuk Kerajaan Persekutuan.

Ia antara lain mendakwa keinginan Datuk Seri Ahmad Zahid untuk meletakkan kedua-dua jawatannya dalam parti atas kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), selain menyerahkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memangku kedua-dua jawatannya sehingga pemilihan UMNO Januari 2023.

Loading...
Terkini