comscore
Tumpuan :
Politik

Zahid minta KJ sabar, tunggu pemilihan.. tak sampai 6 bulan lagi

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk bersabar kerana pemilihan parti itu bakal berlangsung tidak sampai enam bulan lagi.

Menerusi komen balas pada hantaran Khairy pada Rabu di Facebook, Ahmad Zahid menyatakan individu dalam parti itu boleh bertanding bagi mana-mana jawatan.

“Sabar saudara KJ. Tunggu pemilihan (UMNO) tak sampai enam bulan pun.

“Seluruh perwakilan akar umbi UMNO juga sudah tidak sabar mahu mengundi calon pilihan mereka,” katanya.

Khairy pada Selasa dalam satu hantaran di Facebook menempelak beberapa pihak yang mempersoalkan mengapa beliau bertindak mengkritik Ahmad Zahid.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu mengingatkan semula sejak 2018 lagi, beliau menentang Ahmad Zahid dalam perebutan jawatan nombor satu UMNO.

“Kenapa sekarang baru nak bersuara?

“2018 saya lawan Zahid untuk Presiden UMNO. Lepas tu banyak kali cakap dia kena beri laluan.

“Kau kalah tak payah komen.”

“Saya masih ahli UMNO. Ahli UMNO ada hak bersuara” kata Khairy dalam kiriman itu.

Loading...
Terkini