comscore
Tumpuan :
Politik

Zainol Fadzi nafi cuba ‘curi’ ADUN BN Perak

FOTO: Datuk Zainol Fadzi Paharuddin

IPOH: Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin menafikan dakwaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bahawa Perikatan Nasional (PN) cuba membeli empat wakil rakyat Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Menurutnya, kenyataan itu adalah tidak benar serta tidak berasaskan fakta.

“Saya tidak pernah memberi, menawarkan mahupun hendak ‘membeli’ ADUN BN, janganlah membuat tuduhan begitu.

“Saya sendiri tidak pernah hubungi mana-mana ADUN BN sehinggalah beliau (Saarani) mengangkat sumpah pada 22 November lalu.

“(Sebelum itu), saya sendiri jumpa beliau (Saarani) pada jam 3 pagi pada 20 November lalu untuk bertanyakan kerjasama bersama (PN-BN), itu saja” katanya semalam.

Kelmarin, Saarani mendedahkan, terdapat cubaan ‘mencuri’ ADUN BN malah dimaklumkan ada ejen PN menelefon dan menghantar mesej kepada ADUN berkenaan supaya keluar parti dan menyertai PN, sama seperti yang berlaku pada 2018.

Saarani berkata tindakan bergabung dengan PH perlu kerana beliau tidak mahu senario sama seperti yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) berulang, menyaksikan dua ADUN BN ketika itu iaitu Zainol Fadzi sendiri dan Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi ‘dicuri’ untuk membentuk kerajaan negeri.

Kata Zainol lagi, beliau memang ada menghubungi dua sahabatnya dalam kalangan ADUN BN pada 22 November lalu untuk bertanyakan adakah mereka dilantik menjadi EXCO kerajaan negeri atau tidak namun tidak pula mengarahkan sesiapa apatah lagi menghantar ‘ejen’ seperti didakwa Saarani bagi ‘mencuri’ ADUN BN.

“Saya faham tekanan yang beliau (Saarani) hadapi disebabkan keputusan yang beliau ambil (kerajaan perpaduan BN-PH), cuma dalam kes ini tidak timbul isu cubaan membeli ADUN BN.

“Kerana saya sendiri pernah menandatangani surat akuan (SD) menyokong beliau (Saarani) menjadi Menteri Besar oleh wakil BN sebelum ini, begitu juga ketika Mei 2018 saya menyokong ADUN Chenderiang (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) menjadi Menteri Besar,” katanya.

Loading...
Terkini