comscore
Tumpuan :
Prihatin

Cuba Terjun Jambatan Sebab Alami Masalah Rumah Tangga

FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Wanita berpurdah yang hampir terjatuh dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini, semalam dipercayai mengalami masalah rumah tangga.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, hasil siasatan secara lisan mendapati mangsa yang juga seorang guru turut menghidap kemurungan.

“Mangsa tidak menaiki kenderaan ketika ditemui dan dipercayai berjalan dari arah Kota Bharu menghala ke Tumpat.

“Mangsa cuba terjun disebabkan masalah rumah tangga dan kemurungan.

“Tiada sebarang kecederaan dialami wanita berkenaan dan mangsa dirujuk ke hospital,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 tengah hari semalam, mangsa yang berusia 54 tahun hampir terjatuh ke Sungai Kelantan namun sempat diselamatkan orang ramai.

Mangsa yang memakai jubah dan mengenakan niqab dikatakan nyaris jatuh namun terhalang dengan jubah yang dipakai sebelum segera dipegang orang ramai dan diserahkan kepada pihak polis. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini