comscore
Tumpuan :
Prihatin

Pujukan Abang Bomba Selamatkan Pelajar Perempuan Kemurungan

FOTO: BOMBA

ALOR SETAR: Pujukan anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang pelajar perempuan dipercayai mengalami kemurungan di bumbung sebuah sekolah, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.53 tengah hari.

Beliau berkata, sepasukan anggota dengan sebuah jentera dari BBP Alor Setar diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Anuar Hamid tiba di lokasi tidak lama kemudian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati pelajar perempuan berusia 19 tahun berada di bumbung anjung tangga di tingkat tiga bangunan sekolah.

“Anggota memujuk dan menenangkan mangsa supaya turun,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, pelajar itu berjaya dibawa turun untuk tindakan kaunseling pihak sekolah.

Beliau berkata, operasi tamat pada jam 2.45 petang tadi. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini