comscore
Tumpuan :
Santai

Bukan sekadar pelihara, ‘si bulus’ juga ada ‘demand’

Oleh: Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

KUALA LUMPUR: Mempunyai haiwan peliharaan bukan sesuatu perkara yang boleh diambil ringan. Ini kerana kebajikan mereka adalah komitmen dan tanggungjawab sepenuh masa demi memastikan kehidupan mereka terjaga.

Faktor penjagaan kesihatan haiwan peliharaan perlu dititikberatkan agar tidak menyeksa mahkluk yang dicipta Yang Maha Esa itu. Seperti manusia, si bulus juga perlu penjagaan rapi aspek kesihatan dan kebersihan.

Keputusan untuk menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan perlu dibuat bersama persediaan dan ilmu yang cukup, kerana banyak faktor perlu diambil kira.

Bagi seorang pencinta kucing, Angeliana Dennis Timban berkata, penjagaan kucing yang berbaka seperti British Short Hair (BSH) lain pula caranya. Penjagaan yang khusus terutama makanan dan kesihatannya perlu teliti bagi memastikan ia sihat.

“Kucing yang berbaka ni tak susah pun, kita boleh bagi apa sahaja kibbles. Macam saya try and error. Kalau produk makanan saya try banyak jenis. Kibbles saya bagi memang free flow, tetapi setiap hari saya bagi daging mentah. Untuk kucing dewasa, 100 gram pagi dan petang. Kalau konsisten bagi makan daging saya akan bagi mereka ubat cacing setiap bulan.” katanya kepada segmen Potret Inspirasi, Buletin TV9.

Tambahnya, penjagaan luaran fizikal kucing seperti bulunya juga perlu dititikberatkan dengan mandian dan ubat kutu. Jika tidak, ia mampu mengundang serangga perosak seperti kutu badan dan kutu telinga yang memudaratkan kesihatannya.

Angeliana yang mempunyai 20 ekor kucing (BSH) turut menasihatkan untuk sentiasa pantau bentuk dan bau najis pada setiap kucing agar dapat mengesan awal sekiranya mempunyai masalah kesihatan.

“Kita kena bagi immune booster atau kita bagi supplement setiap pagi. Saya sendiri setiap pagi akan bagi makan daging dulu kemudian kucing-kucing ini akan membuang, baru saya start mengemas, bila dah kemas saya akan bagi suplement seekor demi seekor. Supplement kena konsisten.” katanya.

Jelasnya, setiap orang mempunyai cara penjagaan yang berbeza namun yang paling penting, pastikan mendapat maklumat dan rujukan daripada mereka yang pakar.

Lebih menarik, kucing yang sihat juga boleh dibawa untuk dipertandingkan dalam ’cat show’ yang banyak dianjurkan di negara ini.

Loading...
Terkini