comscore
Tumpuan :
Santai

Dr Amalina kongsi tips yang diamalkan ketika mengandung dan selepas bersalin

FOTO: dramalinabakri / Instagram

 

KUALA LUMPUR: Pakar Bedah, Dr Amalina Che Bakri yang kini sedang berkhidmat di London berkongsi beberapa tips penjagaan selepas bersalin yang diamalkan olehnya berdasarkan kajian saintifik dan saranan pakar obstetrik.

Menerusi ciapan di Twitternya, Dr Amalina berkata, tips penjagaan itu juga berdasarkan pengalamannya sebagai seorang doktor.

“Ramai bertanyakan mengenai penjagaan selepas bersalin yang saya amalkan, pertama amalkan makanan sihat dan seimbang seumur hidup. Makan sayur-sayuran, buah, kurangkan garam, gula dan minyak.

“Makanlah secara sederhana bagi mengekalkan berat yang ideal serta tidak perlu berpantang telur atau ayam sekiranya tidak mempunyai alahan. Selain itu minum air kosong dua hingga tiga liter sehari serta kurangkan minum air manis seperti minuman boba dan milo,” katanya dalam ciapan, hari ini.

Dr Amalina juga meminta wanita selepas bersalin untuk meningkatkan intensiti aktiviti seharian secara beransur dan tidak mengangkat barang yang lebih berat daripada bayi mereka selama tempoh enam minggu.

“Jika anda bersalin secara normal tanpa komplikasi, boleh mulakan senaman ringan sebaik sahaja anda bersedia. Ini termasuk berjalan kaki dan lakukan senaman kegel serta perut.

“Anda digalakkan untuk menunggu enam minggu sebelum memulakan senaman yang berimpak tinggi seperti aerobik atau berlari. Jika pendarahan anda bertambah teruk atau bertukar warna iaitu menjadi merah jambu atau merah selepas melakukan aktiviti, perkara itu mungkin disebabkan anda melakukan aktiviti secara berlebihan.

“Jadi kurangkan aktiviti dan pastikan anda mendapat banyak rehat. Gaya hidup sihat perlulah dilakukan seumur hidup, bukan hanya dalam tempoh 44 hari selepas bersalin. Itulah tips mudah utk jadi sihat sepanjang hayat, Insya-Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Amalina mengulangi nasihatnya supaya ibu mengandung atau selepas bersalin untuk berjalan perlahan-lahan bagi mengelakkan mendapat risiko darah beku di kaki.

“Tahukah anda wanita mengandung dan baru bersalin ada risiko lebih tinggi utk mendapat darah beku di kaki (DVT) dan darah beku ini boleh pergi ke paru-paru sehingga menyebabkan pulmonary embolism (PE).

“Antara simptom DVT di kaki ialah sakit, begkak pada satu kaki yang kebiasaanya di betis, sakit mungkin teruk apabila berjalan dan kulit menjadi merah terutamanya di bahagian betis,” katanya.

Loading...
Terkini