comscore
Tumpuan :
Santai

Lukisan Bunga Mawar Zahir Cinta Sejati

Oleh Ain Shafiqah Zaki

KUALA LUMPUR: Bunga mawar atau ros, lazimnya sinonim dengan kaum hawa.

Namun tidak bagi lelaki ini yang menjadikan tumbuhan berduri itu sebagai inspirasi pada setiap lukisannya sejak tiga dekad lalu.

Karya menariknya itu kini dipertontonkan kepada khalayak ramai di Bukit Bintang.

Pameran ‘Eternal Love’ merupakan cetusan idea Yap Hong Ngee menggarap hasil titik peluhnya selama 35 tahun.

Anak kelahiran Mentakab, Pahang ini memberitahu kekagumannya terhadap bunga mawar dijadikan inspirasi dalam karya beliau.

“30 tahun masa diambil untuk melukis bunga ros menggunakan medium cat minyak dan ianya mengenai cinta.

“Manakala khas untuk bunga ini telah mengambil masa selama 35 tahun,” katanya mengulas lanjut mengenai lukisan bunga ros yang mencecah sehingga RM300,000.

Tambahnya setiap bunga mawar membawa maksud yang berbeza.

Contohnya, bunga mawar kuning membawa maksud lambang persahabatan yang karib.

Bagi penganjurnya, Jane Yap, pameran ini menampilkan sisi berbeza bunga mawar yang lazimnya dijadikan pemberian cenderahati untuk yang tersayang.

“Kebanyakan orang membeli bunga segar untuk orang tersayang jadi pelukis terfikir mengapa tidak memilikinya sebagai lukisan, jadi ianya tidak akan kering dan akan kekal selamanya. Sebab itu ianya dipanggil cinta abadi”.

Lebih mengujakan, pameran ini bukan sahaja mendapat perhatian pencinta seni tempatan.

Bahkan peminat dari luar negara yang ingin melihat karya seni itu dengan lebih dekat.

“Saya ingat Encik Yap melukis bunga mawarnya dan kami melihat ia pada tahun 90-an. Tetapi kini ianya berubah menjadi sesuatu yang ajaib, besar dan cantik.

Teknik yang digunakan juga sangat berwarna-warni dan menarik. Dia menggunakan keping emas yang mana ianya digabungkan ke dalam seni, hebat sekali,” kata pengunjung Jerman yang mesra dipanggil Adeline.

Pameran yang penuh romantis ini berlangsung sehingga 12 Februari 2023 di Tingkat 3A, GMBB Mall, Bukit Bintang.

Loading...
Terkini