comscore
Tumpuan :
Santai

Menunggu saat yang tepat cinta kunjung tiba – Nabila Razali

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali.

PETALING JAYA: Jarang berbicara soal peribadi, penyanyi dan pelakon Nabila Razali tidak menolak pada saat yang tepat, cinta buat dirinya pasti kunjung tiba.

“Saya sedar usia tidak lagi muda dan cinta itu lumrah manusia. InsyaAllah pasti ada yang tepat Allah sediakan untuk saya nanti,” katanya ketika ditemu bual MBuzz.

Mesra disapa Bella, wanita yang baru genap usia 30 tahun pada November lalu ini cuba mengelak berbicara mengenai perkara itu berbanding memberi fokus kisah kerjayanya.

Namun dia akur bahawa kisah asmara bukan topik tabu dan sebagai manusia biasa cinta adalah antara perkara penting dalam kehidupan.

“Cinta penting, tapi saya secara peribadi sudah tidak bercinta hampir lapan tahun. Saya sibuk dengan karier dan mencipta banyak lagi peluang dalam pekerjaan ini,” katanya.

Menggabungkan elemen cinta dan kerjaya, Nabila menyifatkan drama terbaharu lakonannya ‘Kerana Cinta Itu Ada’ adalah antara pencapaian yang cukup bermakna baginya pada tahun 2022.

“Pertama kerana ini merupakan novel pertama dengan inspirasi cerita dari saya sendiri dan ditulis novelis terkenal Sohelia. Saya fikir, saya juga menjadi penyanyi pertama yang menuangkan sedikit momen berkait dengan pengalaman sendiri dalam novel cinta ini,” katanya lagi.

Bergandingan buat kali pertama dengan Aedy Ashraf, drama 28 episod itu ditayangkan menerusi slot Akasia, TV3 pada jam 7 malam, Isnin – Jumaat bermula 28 Disember 2022.

Untuk artikel penuh, layari Majalah Digital MBuzz.

Loading...
Terkini