comscore
Tumpuan :
Santai

Produk Racun Serangga Tidak Merbahaya Kepada Persekitaran

SERDANG: Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) menghasilkan produk racun serangga ulat bungkus semulajadi yang tidak merbahaya kepada persekitaran dan organisma. Racun serangga semula jadi mesra alam itu sesuai digunakan dalam pertanian seperti perladangan kelapa sawit.

ECOSARIA adalah racun serangga semula jadi yang diformulasi dari kulat entomopatogenik (EPF) yang dikultur sebagai formulasi serbuk oleh Pensyarah kanan Fakulti Pertanian, Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Ts Dr Norhayu Asib.

“Tujuan utama kajian ini adalah untuk menghasilkan racun serangga semula jadi yang mesra alam yang sesuai digunakan dalam pertanian seperti perladangan kelapa sawit dan menyediakan racun serangga ulat bungkus semulajadi yang mudah terdegradasi yang tidak merbahaya,” katanya.

Menurut Dr Norhayu, buat masa ini bagi mengawal ulat bungkus, racun serangga kimia dari kumpulan organofosfat, karbamat dan pyrethroids telah disyorkan untuk mengawal ulat bungkus dikawasan kelapa sawit yang telah diserang.

“Racun serangga kimia menyebabkan penggunaannya disekat dan dilarang di beberapa buah negara,” katanya.

Produk ECOSARIA dipamerkan di Festival of Ideas yang berlangsung di lobi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Loading...
Terkini