comscore
Tumpuan :
Santai

TPM hadir majlis resepsi anak pasangan Timbalan Pengerusi Yayasan Akal Budi

Oleh Baharuddin Mohamed

MELAKA: Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam menghadiri majlis resepsi anak pasangan Timbalan Pengerusi Yayasan Akal Budi, Datuk Md Asri Ab Rahim di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka malam ini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Tun Mohd Ali bersama isteri, Toh Puan Asma Abdul Rahman tiba di majlis resepsi itu pada jam 8.30 malam sambil diiringi Ahmad Zahid dan Sulaiman.

Majlis resepsi bermula dengan bacaan doa sejurus pasangan mempelai berkenaan, Muhamad Bukhary, 26, dan Nur Nishaq Izzary, 27, menaiki jinjang pelamin.

Pada majlis berkenaan, Tun Mohd Ali melakukan istiadat menepung tawar dan merenjis pasangan pengantin berkenaan.

Istiadat itu diikuti dengan Ahmad Zahid dan Sulaiman sebelum disusuli dengan majlis makan malam.

Loading...
Terkini