comscore
Tumpuan :
Sukan

15 pemain negara berentap pada pusingan pertama Badminton Terbuka Hong Kong

Gandingan Pearly Tan dan M Thinaah paling awal ke pusingan kedua. – FOTO: Persatuan Badminton Malaysia/ Facebook

KOWLOON, HONG KONG: Ketika beregu wanita Pearly Tan dan M Thinaah muncul wakil pertama Malaysia melayakkan diri  ke pusingan kedua, 15 lagi pemain negara bakal bertarung pada pusingan pertama hari ini.

Perseorangan lelaki menampilkan 3 pemain, pasti menjadi tumpuan,  Lee Zii Jia yang berdepan prestasi tidak menentu apabila sering terkandas awal. Pada pusingan pertama Zii Jia, pemain nomnor 16 dunia,  akan menentang pemain China, Zhao Junpeng, pemain ranking ke-31 dunia.

Perseorangan wanita pula  menyaksikan Goh Jin Wei dan S.Kisona membawa cabaran negara, manakala Malaysia memiliki 3 wakil beregu lelaki pada pusingan pertama.

Cuma agak malang, gandingan  Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang bergelar naib juara Terbuka China minggu lalu terpaksa berdepan rakan sepelatih Goh Sze Fei dan Nur Izuddin.

Beregu wanita cuma  Anna Ching Yik Cheong dan Teoh Mei Xing beraksi untuk mengiringi Pearly dan M Thinaah ke pusingan kedua.

Pearly dan M Thinaah yang diletakkan pilhan ke-6, terpaksa berhempas pulas sebelum mara ke pusingan kedua mengalahkan pasangan Jerman, Linda Efler dan Isabel Lohau.

Mereka menang dalam permainan 3 set, 21-10, 16-21, 21-14 dalam tempoh 54 minit.

Paling menarik pada saingan beregu campuran  yang menampilkan 6 pasangan negara memburu tiket pusingan kedua.

Pasangan Roy King Yap dan Valeree Siow melepasi aksi kelayakan untuk mara ke pusingan pertama. – FOTO: Persatuan Badminton Malaysia/ Facebook

Antara yang pasti menjadi harapan, pasangan muda Roy King Yap dan Valeree Siow,  layak beraksi pada undian utama selepas melepasi pusingan kelayakan.

Pada pusingan pertama,  Roy King dan Valeree dijadual menentang gandingan England, Gregory Mairs dan Jenny Mairs.

Loading...
Terkini