comscore
Tumpuan :
Sukan

18 bulan untuk ‘analisa’ pemain – Sarjit

Foto ihsan MHC

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih hoki lelaki kebangsaan yang baharu, Sarjit Singh menyasarkan tempoh sekurang-kurangnya 18 bulan untuk menganalisa  pemain sebelum membentuk skuad mantap.

Itu antara perancangan awalnya untuk menggapai misi menakluk pentas Asia.

“Semua tahu selepas aksi final liga hoki kebangsaan, selepas itu puasa dan sebulan lepas tu Piala Azlan Shah, kemudian kita berada 10 hari untuk jelajah Poland dan kita kena buat penilaian pasukan, paling penting kita kena menyediakan pasukan untuk menghadapi Sukan Asia di Osaka,” kata Sarjit.

Walaupun tidak diletakkan sebarang sasaran oleh badan induk hoki negara, namun bagi Sarjit secara realistiknya, beliau melihat temasya Sukan Asia 2026 yang dijadual berlangsung di Aichi-Nagoya Jepun sebagai pemulaan transformasi hoki Malaysia.

Sarjit bakal mengumumkan lebih 40 pemain pada kem latihan pertama negara 10 mac ini bagi menghadapi kejohanan sulungnya, iaitu Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh Perak, bermula 4 hingga 11 depan.

Sebagai rekod, Sarjit pernah menjadi ketua pasukan negara bermula pada 1987 hingga 1993 dan beraksi sebanyak dua kali di Temasya Sukan Olimpik di Los Angeles 1984 dan Barcelona 1992.

Ini pula kali kedua beliau bergelar ketua jurulatih kebangsaan selepas kali pertama pada 2006 hingga 2008.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini