PETALING JAYA: Dua beregu negara meneruskan cabaran Malaysia pada separuh akhir Badminton China selepas mengatasi lawan masing-masing pada suku akhir Changzhou, China sebentar tadi.
Paling mencuri tumpuan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang menundukkan pasangan tuan rumah, juga gandingan nombor dua dunia, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin.
Soon Huat-Shevon menang 23-21,21-16 cuma dalam tempoh 34 minit.
Lawan mereka pada separuh esok, satu lagi gandingan tuan rumah, Cheng Xing-Zhang Chi.
Sementara itu pertemuan suku akhir beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Izzuddin Rumsani dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang bertemu sesama sendiri tetap berlangsung sengit.
Sze Wei-Nur Izzuddin yang tampil selaku pilihan ke-7 nyata tidak diberi laluan mudah.
Mereka terpaksa berhempas pulas sebelum mengalahkan Wei Chong-Kai Wun 21-19.21-18 pada perlawanan yang berlarutan 44 minit.
Lawan Sze Wei-Shevon pada separuh akhir esok pemenang di antara beregu Indonesia Muhammad Shohibul Fikri- Daniel Marthin dan gandingan Denmark, Rasmus Kjaer- Frederik Sogaard.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.