comscore
Tumpuan :
Sukan

26 pemain tersenarai ikuti kem latihan skuad b-17 kebangsaan

Senarai 26 pemain yang dipilihan Osmera Omaro (foto: FAM)

PETALING JAYA – Seramai 26 pemain disenaraikan jurulatih skuad Harimau Malaya bawah 17 tahun, Osmera Omaro untuk mengikuti kem latihan akhir untuk menghadapi kempen Piala Asia bawah 17 tahun yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand dari 15 Jun hingga 2 Julai 2023.

Seramai 20 daripada 25 pemain yang dibawa ke Doha, Qatar ketika kem latihan pusat Fasa 2 pada April lalu dikekalkan bagi kem latihan pusat Fasa Akhir ini dengan tambahan enam pemain dari kem latihan pusat Fasa 1 pada Februari lalu yang kembali tersenarai.

Enam pemain tersebut ialah Dainei Mat Disa, Adam Mikaeel Shahrizan, Ahmad Danial Razali, Danish Darus, Arami Wafiy Zakimi dan Ammar Shauqi Azri.

Skuad kendalian Osmera itu akan memulakan kem latihan pusat Fasa Akhir ini di Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Gambang, Pahang dari 21 hingga 30 Mei ini sebelum meneruskan kem latihan pusat tersebut di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 31 Mei 2023.

Di sepanjang tempoh itu nanti, beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa telah diatur sebelum skuad B-17 kebangsaan dijadual berlepas ke Bangkok pada 12 Jun 2023 untuk menghadapi Piala Asia B-17 2023.

Bagi saingan pusingan akhir itu nanti, Malaysia yang telah diundi dalam Kumpulan A akan memulakan kempen bertemu Yemen di Stadium Thammasat pada Khamis, 15 Jun 2023 diikuti aksi kedua berdepan tuan rumah, Thailand di Stadium Pathum Thani pada Ahad, 18 Jun 2023 dan aksi terakhir kumpulan menentang Laos di Stadium Thammasat pada Rabu, 21 Jun 2023.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke Suku Akhir pada 25 dan 26 Jun, seterusnya Separuh Akhir pada 29 Jun dan Final dijadual berlangsung pada 2 Julai 2023.

Empat pasukan terbaik iaitu empat pasukan yang layak ke separuh akhir Piala Asia B-17 2023 ini akan layak ke Piala Dunia B-17 2023 yang dijadual berlangsung pada November depan.

Dan berikut, senarai 26 pemain yang dipanggil untuk mengikuyi kem latihan fasa akhir kebangsaan:

NO. NAMA PASUKAN
1 ALIFF AIMAN RAZALI AKADEMI MOKHTAR DAHARI

2 FARISH FARHAN ZALANI AKADEMI MOKHTAR DAHARI

3 SYAZRUL HAZIQ ZAINUDDIN AKADEMI MOKHTAR DAHARI

4 DON DAMIEN DERWIN AKADEMI MOKHTAR DAHARI

5 FARIS DANISH ASRUL AKADEMI MOKHTAR DAHARI

6 AFIQ DANISH HASNIRUDDIN AKADEMI MOKHTAR DAHARI

7 AFIQ DANISH ZULKIFLI AKADEMI MOKHTAR DAHARI

8 AIMAN YUSUF NABIL AKADEMI MOKHTAR DAHARI

9 AISY AL-HAKIM HASNIZAM AKADEMI MOKHTAR DAHARI

10 ZAINURHAKIMI ZAIN AZRAII AKADEMI MOKHTAR DAHARI

11 AQIM HAZMI HASMADI AKADEMI MOKHTAR DAHARI

12 DANISH ISKANDAR MARZIZUL AKADEMI MOKHTAR DAHARI

13 AFIQ HAKIMI MAHAT AKADEMI MOKHTAR DAHARI

14 ANJASMIRZA SAHARUDIN AKADEMI MOKHTAR DAHARI

15 NABIL FITRI MUSTAFFA AKADEMI MOKHTAR DAHARI

16 MULIA HAIRI MULIASUGEHARTO AKADEMI MOKHTAR DAHARI

17 RAJA NORFIRDAUS RAJA M. NOR AKADEMI MOKHTAR DAHARI

18 RYAN FAHREEN RADZI AKADEMI MOKHTAR DAHARI

19 DAINEI MAT DISA AKADEMI MOKHTAR DAHARI

20 ADAM MIKAEEL SHAHRIZAN AKADEMI MOKHTAR DAHARI

21 AHMAD DANIAL RAZALI AKADEMI MOKHTAR DAHARI

22 DANISH DARUS AKADEMI MOKHTAR DAHARI

23 ARAMI WAFIY ZAKIMI AKADEMI MOKHTAR DAHARI

24 EZAWI AZMAN ABDULLAH JOHOR DARUL TA’ZIM IV

25 ADIB IBRAHIM ADNAN JOHOR DARUL TA’ZIM IV

26 AMMAR SHAUQI AZRI JOHOR DARUL TA’ZIM IV

Loading...
Terkini