comscore
Tumpuan :
Sukan

28 jagoan muay thai berentap

Kuala Lumpur (KL) International Fight di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 3 dan 4 Disember ini.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 atlet dari 10 negara bakal berentap pada kejohanan muay thai Kuala Lumpur (KL) International Fight di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 3 dan 4 Disember ini.

Menurut penganjur, acara mega yang pertama di Malaysia itu turut menyaksikan barisan atlet muay thai terkemuka seperti Sudsakorn Nor Klimnee dan Yod Pitee dari Thailand, Izat Zaki (Malaysia), Hossein Karami (Iran) dan Thomas Van Nijnatten (Perancis) berentap dalam 14 pertarungan.

“Ini platform terbesar buat atlet muay thai Malaysia dan juga negara lain untuk diiktiraf di peringkat antarabangsa dan bersaing dengan juara-juara dari negara lain,” katanya dalam kenyataan.

Menurut penganjur, selain muay thai, turut dianjurkan pelbagai aktiviti seperti e-sukan, vendor makanan dan persembahan artis sepanjang dua hari itu.

KL International Fight dianjurkan dengan kerjasama Persekutuan Persatuan Muaythai Antarabangsa, Majlis Muaythai Sedunia, Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara.

Tiket boleh diperoleh melalui ticket2u.com.my yang dijual pada harga RM38 hingga RM10,000. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini