comscore
Tumpuan :
Sukan

5 wakil negara ke suku akhir Terbuka China

Oleh: Hazreen Mubarak

KUALA LUMPUR: Daripada 10 wakil negara yang beraksi di pusingan kedua, 5 berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka China 2024, hari ini.

Kem beregu lelaki paling cemerlang menyaksikan semua tiga wakil meneruskan kemaraan selepas menewaskan lawan masing-masing di Changzhou, China, petang tadi.

Paling curi tumpuan ialah kejayaan Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang menumpaskan juara dunia musim lalu iaitu Kang Ming Hyuk-Seo Seung Jae dari Korea Selatan hasil kemenangan straight set 21-18 dan 21-19 dalam tempoh 39 minit.

Wei Chong-Kai Wun dijadual menentang rakan senegara iaitu Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani selepas menyingkirkan satu lagi wakil Malaysia, Wan Arif Junaidi-Yap Roy King, juga dengan straight set 21-14 dan 25-23.

Kemudian giliran Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mengikut jejak sama selepas menewaskan Lee Fang Chih-Lee Fang Jen dari Taiwan menerusi kemenangan 21-19 dan 21-14.

Dalam saingan beregu campuran, pasangan suami-isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tidak berdepan masalah untuk layak ke suku akhir apabila mengenepikan cabaran wakil Thailand, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran, 21-16 dan 21-12 dalam masa 28 minit.

Mereka dijadual menentang pilihan ketiga kejohanan iaitu Jiang Zhen Bang-Cheng Su Yin dari China.

Dalam satu lagi aksi menampilkan pertembungan dua wakil negara dalam acara beregu campuran.

Ia menyaksikan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin mudah atasi Yap Roy King-Valeree Siow dengan kemenangan straight set 21-9 dan 21-15 dalam tempoh hanya 24 minit bagi menetapkan pertemuan suku akhir berdepan Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja dari Indonesia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini