comscore
Tumpuan :
Sukan

60 peserta NRDP dapat ilmu berharga daripada Sonny Bill Williams 

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Seramai 60 peserta Program Pembangunan Ragbi Negara (NRDP) berpeluang menimba pengalaman berharga bersama ‘The Offload King’ di Stadium Mini Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil hari ini.

Bekas pemain All Blacks, Sonny Bill Williams meluangkan masa hampir satu jam dengan peserta terlibat.

Williams meluahkan rasa berbesar hati untuk menjalin kerjasama dengan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) sekiranya diberikan ruang.

“Sudah pasti Insya-Allah. Tapi mungkin lutut saya tidak bersetuju. Apapun, saya suka untuk datang semula dan menjadi sebahagian daripada (keluarga) ragbi di Malaysia tapi dalam kapasiti yang berbeza,” katanya kepada media selepas sesi bersama peserta NRDP, hari ini.

Dalam program berkenaan, kesemua peserta yang masing-masing terdiri daripada 30 lelaki dan 30 wanita berpeluang menimba pengalaman berharga bersama Williams yang diberikan jolokan ‘The Offload King’ terutama dari sudut kemahiran.

Turut hadir meluangkan masa pada program berkenaan adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim.

“Masa tidak cukup panjang. Tapi saya amat berbesar hati dengan program NRDP ini dan melihat langkah pertamanya, ada bakat di sana. Mungkin daripada sudut dana itu kecil tetapi bakat yang menyukai ragbi sangat kuat di Malaysia.

“Insya-Allah saya akan datang (semula ke Malaysia). Kalau saya datang, saya nak lihat perlawanan sebenar, ke sekolah, kolej dan menyaksikan perlawanan di tahap tinggi,” kata Williams yang memeluk Islam pada 2009 itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini