comscore
Tumpuan :
Sukan

9 pasukan lelaki dan 7 pasukan wanita ambil bahagian edisi kedua kejohanan

Mesyuarat Jawatankuasa Hoki Dalam Dewan diadakan di Bukit Jalil

BUKIT JALIL :  Selepas kejayaan penganjuran edisi pertama tahun lalu, Kejohanan Liga Hoki Dalam Dewan, MIHL berjaya menarik penyertaan 9 pasukan lelaki dan 7 pasukan wanita untuk saingan edisi kedua bulan ini.

Seperti edisi pertama yang lalu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI kekal sebagai venue pertandingan yang akan berlangsung bermula 10 hingga 18 Disember ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hoki Dalam Dewan dan Akademi Hoki Raja Ashman Shah, Shurizan Mansor, penampilan beberapa pasukan baharu pada saingan kali ini pastinya meningkatkan lagi tahap kompetitif kejohanan dan setiap pasukan yang bertanding.

“Alhamdulillah dengan penampilan pasukan baru bagi edisi kali ini dan kami Jawatankuasa Hoki Dalam Dewan sangat gembira dengan perkembangan ini kerana penampilan pasukan baru ini akan membuka ruang untuk kami melihat pemain-pemain baru yang boleh diketengahkan bagi menyerap masuk ke dalam pasukan kebangsaan.

“Apa yang ingin dilihat pada edisi kedua ini adalah mutu pemainan setiap pasukan yang lebih tinggi kerana terdapat pasukan-pasukan yang membariskan pemain kebangsaan yang telah muncul juara Piala Asia Hoki Dalam Dewan di Bangkok, Thailand, baru-baru ini.

“Pastinya mutu pemainan yang akan ditampilkan adalah lebih baik dan kami berharap ini antara platform bukan sahaja untuk melahirkan pemain-pemain yang boleh menyarung jersi kebangsaan tetapi juga jurulatih-jurulatih yang boleh memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Sukan Hoki Dalam Dewan.

“Kami barisan ahli jawatankuasa turut berharap kejohanan kali ini akan berlangsung dengan lebih meriah dan lebih ramai datang ke Arean UPSI untuk menonton kejohanan ini dan memberikan sokongan kepada pasukan-pasukan yang bertanding,” katanya.

Dan berikut senarai pasukan yang mengamnil bahagian dalam edisi kedua MIHL:

LELAKI –
1. ATM MEN
2. DBKL HT
3. KJLJD STALLION
4. PERLIS MIGHTY LION
5. MAKSUM KPT
6. PERAK HA
7. UPSI KPT (pasukan baharu)
8. MAYBANK (pasukan baharu)
9. SSTMI (pasukan baharu)

WANITA –
1. MUTIARA IMPIAN-MSPP-PSHA
2. DBKL HT
3. CS MUSTANG HT
4. MOHC-MHA
5. BNHC KL
6. ATM WOMEN (pasukan baharu)
7. UPSI KPT (pasukan baharu)

Loading...
Terkini