comscore
Tumpuan :
Sukan

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik gagal ke separuh akhir

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Cabaran pemain negara pada saingan separuh akhir Badminton Masters Malaysia petang nanti, tertumpu kepada dua beregu.

Apa yang pasti hasrat peminat tempatan menyaksikan pertemuan sesama sendiri separuh akhir beregu lelaki tidak kesampaian selepas Aaron Chia dan Soh Wooi Yik selaku pilihan kedua kejohanan, tewas mengejut kepada gandingan muda Indonesia, Leo Rolly Carnando dan Daniel Marthin.

Aaron dan Wooi Yik tumpas kepada lawan pilihan ke-8 itu, 18-21, 19-21 malam tadi dalam masa 52 minit.

Satu kepuasan buat Leo Rolly dan Daniel berjaya menebus kekalahan beregu senegara Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan, pilihan ke-3 yang sebelum itu dikejutkan gandingan negara muda Man Wei Chong dan Kai Wun Tee pada satu lagi aksi suku akhir.

Harapan untuk menyaksikan kemaraan Aaron dan Wooi Yik sememangnya tinggi, namun lawan mereka nyata lebih bijak menyerap tekanan dan mengawal perlawanan meskipun menghadapi sokongan padu penyokong tuan rumah.

Justeru satu lagi laluan sukar menanti negara Mei Chong dan Kai Wun pada separuh akhir petang ini..

Namun moral kedua-dua beregu, baik Mei Chong / Kai Wun mahupun Leo Rolly/ Daniel, pasti memuncak sekaligus menjanjikan saingan menarik selepas masing-masing berjaya menjinakkan lawan handal pada suku akhir.

Satu lagi aksi separuh akhir yang membabitkan pemain negara, beregu wanita Pearly Tan dan M Thinaah.

Mereka akan menentang pilihan kelima dari Korea Selatan, Jeong Na Eun dan Kim Hye Jeong.

Loading...
Terkini