comscore
Tumpuan :
Sukan

Aaron Chia-Wooi Yik layak ke suku akhir

Foto : BAM / Facebook

KUALA LUMPUR: Beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan masalah besar untuk menempah slot ke suku akhir Masters Malaysia 2023.

Pusingan kedua, Aaron-Wooi Yik menang 21-19, 21-14 ke atas beregu Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Kim Won Ho.

Di suku akhir esok, Aaron-Wooi Yik yang berada di ranking kedua dunia dijadual bertemu sama ada pilihan kelapan dari Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin ataupun gandingan China, He Ji Ting-Zhou Hao Dong.

Turut mengikuti jejak Aaron-Wooi Yik adalah Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang menewaskan gandingan dari Scotland, Alexander Dunn-Adam Hall 19-21, 21-16, 21-13.

Wei Chong-Kai Wun dijadual bertemu sama ada pilihan ketiga dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan ataupun beregu Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan di suku akhir.

Loading...
Terkini