comscore
Tumpuan :
Sukan

Aaron-Khai Xing berpeluang tamatkan penantian Malaysia

Aaron Tai-Kang Khai Xing mara ke final Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2024. – FOTO: BAM

KUALA LUMPUR: Beregu negara, Aaron Tai-Kang Khai Xing berpeluang menamatkan penantian Malaysia untuk kembali bergelar juara remaja dunia dalam acara beregu lelaki selepas menempah tempat ke pentas final pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Nanchang, China, hari ini.

Diletakkan sebagai pilihan utama, Aaron-Khai Xing menepati ramalan menewaskan pilihan keempat kejohanan dari China, Chen Yong Rui-Chen Zhe Han pada aksi separuh akhir, hari ini.

Pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Sukan Antarabangsa Nanchang itu, Aaron-Khai Xing memperoleh permulaan baik apabila melakar kemenangan 21-18 sebelum tewas 10-21 di set kedua yang mengheret perlawanan ke set penentuan.

Namun, Aaron-Khai Xing kembali bangkit dengan mencipta kemenangan 21-15 pada set penentuan.

Menanti Aaron-Khai Xing di pentas final esok adalah satu lagi pasangan China yang juga pilihan kedua, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi dengan pasangan negara mempunyai kelebihan selepas meraih dua kemenangan dan satu kekalahan menentang gandingan tuan rumah itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini