comscore
Tumpuan :
Sukan

Aaron/ Wooi Yik cemas sebelum mara, pemain perseorangan lelaki hampa di saingan pembukaan Masters Malaysia

Aaron/ Wooi Yik berjaya mengelak penyingkiran awal di tangan Kusumawardana/ Rambitan dari Indonesia. – Foto.- adminton Association of Malaysia / Facebook

BUKIT JALIL: Kebanyakan pemain senior negara melepasi pusingan awal Masters Malaysia yang bermula hari ini di Arena Axiata.

Barisan beregu lelaki mempamerkan keputusan memberangsangkan menerusi empat wakil yang mengesahkan tempat ke peringkat seterusnya.

Pilihan keenam, Ong Yew Sin/ Teo Ee Yi menewaskan Ren Xiang Yu/ Tan Qiang dari China 21-16, 21-18.

Pasangan bebas Tan Kian Meng/ Tan Wee Kiong turut mara dengan catatan 21-16, 21-11 ke atas lawan Kanada Kevin Lee/ Ty Alexander Lindeman di peringkat kelayakan.

Beregu muda Man Wei Chong/ Tee Kai Wun pula membuat penyokong di stadium ceria dengan kejutan menyingkirkan pilihan ketujuh Kim Astrup/ Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark 25-23, 21-16.

Wei Chong/ Kai Wun melakukan kejutan terbesar dengan menewaskan ranking ke-11 dunia Astrup/ Rasmussen – Foto.- adminton Association of Malaysia / Facebook

Juara dunia Aaron Chia/ Soh Wooi Yik hampir-hampir disingkirkan selepas dipaksa bekerja keras selama 55 minit berdepan Pramudya Kusumawardana/ Yeremua Erich Yoche Yacob Rambitan menerusi keputusan 21-18, 10-21, 23-21.

Beregu wanita Pearly Tan/ M. Thinaah lega menafikan cabaran wakil Bulgaria Gabriela Stoeva/ Stefani Stoeva 21-17, 21-14.

Chan Peng Soon/ Cheah Yee See yang beraksi dalam beregu campuran menang ke atas Adnan Maulana/ Nita Violina Marwah dari Indonesia 21-19, 22-20.

Penampilan tujuh lagi pemain masing-masing lima perseorangan lelaki iaitu Leong Jun Hao, Mohamad Hafiz Mohamed Sikkander, Soo Joo Ven, Cheam June Wei, Aidil Sholeh Ali Sadikin serta dua beregu wanita Vivian Hoo/ Lim Chiew Sien dan Cheng Su Hui/ Cheng Su Yin berakhir setakat hari pertama.

Loading...
Terkini