comscore
Tumpuan :
Sukan

Aaron-Wooi Yik lengkapkan tiga wakil negara ke suku akhir

Aaron – Wooi Yik mudah melangkah ke suku akhir menewaskan pasangan Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura 21-10 21-14. FOTO: Ihsan BAM

PETALING JAYA: Saingan suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka India di New Delhi esok,  menampilkan tiga wakil negara meneruskan cabaran.

Gandingan lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan masalah  meneruskan  kemaraan apabila mengalahkan pasangan bukan pilihan dari  Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura malam ini.

Tampil selaku pilihan ke-4 Aaron-Wooi Yik mudah menjinakkan  lawan mereka  21-10 pada set pertama.

Aaron-Wooi Yik mengesahkan pertemuan menentang pilihan ke-8 dari China Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi pada suku akhir esok apabila menamatkan set kedua 21-15.

Bagaimanapun beregu elit wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah gagal melepasi pusingan kedua apabila ditundukkan pasangan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Sida, pilihan ke-4, 16-21, 13-21.

Dalam pada itu, paling awal menempah tempat ke suku akhir, beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai dituruti perseorangan lelaki Lee Zii Jia.

Esok Soon Huat-Shevon berdepan pilihan ke-5 dari China Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin manakala Zii Jia yang mengejutkan  pemain Indonesia Jonatan Christie pilihan ke-5 hari ini akan menentang wakil Jepun sama ada Takuma Obayashi atau Kodai Naraoka.

Kedua-dua pemain sedang beraksi pada pusingan kedua.

Loading...
Terkini