comscore
Tumpuan :
Sukan

Aaron -Wooi Yik teruja cipta kejutan di Paris

Aaron Chia – Soh Wooi Yik akan beraksi pada separuh akhir Badminton Terbuka India di New Delhi malam ini. -Foto ihsan BAM

PETALING JAYA: Saingan Kejohanan Badminton Terbuka India di New Delhi yang memasukki fasa separuh akhir hari ini, menyaksikan cuma tinggal gandingan Aaron Chia – Soh Wooi Yik meneruskan cabaran Malaysia.

Mereka yang menjadi harapan negara meraih pingat emas pertama Olimpik di Paris 2024,  akan berdepan pasangan tuan rumah Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, yang juga pilihan kedua kejohanan. malam ini.

Bagi Wooi Yik, peluang untuk beraksi di Olimpik memang sesuatu yang istimewa.

“Ia sesuatu yang istimewa tampil di Sukan Olimpik, ketika kami membuat penampilan pertama di Tokyo, ia adalah satu mimpi,” kata Wooi Yik.

“Ketika itu kami bukan pasangan pilihan, tetapi masih berkemampuan untuk berada di podium, kami semakin matang sebagai satu pasangan dan semakin meningkat.

“Saya percaya, kami akan lebih baik di Paris,” tambah Wooi Yik yang mencipta sejarah apabila dia dan Aaron berjaya muncul juara dunia pada 2022.

Tahun lalu Wooi Yik – Aaron terus mencuri tumpuan apabila menjuarai siri jelajah dunia pertama mereka di Terbuka Denmark manakala muncul naib juara pada Terbuka India, Indonesia dan China.

“Kami kini lebih teruja berbanding rasa gementar pada penampilan kedua kami di Olimpik dan semestinya kami akan membuat persiapan rapi memandangkan semua pemain bertekad memenangi pingat Olimpik,” kata Wooi Yik.

Loading...
Terkini