comscore
Tumpuan :
Sukan

Aaron-Wooi Yik & Tze Yong mara ke pusingan kedua Masters Indonesia

FOTO: Facebook/ BAM

JAKARTA: Beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan kedua Masters Indonesia 2023.

Berdepan rakan negara, Boon Xin Yuan-Wong Tien Ci, Aaron-Wooi Yik yang kini menghuni ranking nombor dua dunia hanya memerlukan 30 minit untuk mencatat kemenangan straight set 21-14, 21-9.

Kejayaan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik menempah pertemuan menentang pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang di pusingan kedua selepas mereka menundukkan gandingan Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Seidel 21-18, 22-20.

FOTO: Facebook/ BAM

Untuk rekod, Aaaron-Wooi Yik tewas kepada Wei Keng-Wang Chang dalam aksi final Terbuka India, baru-baru ini.

Dalam pada itu pemain muda meningkat naik, Ng Tze Yong turut mara ke pusingan kedua.

Tze Yong mara selepas mengatasi cabaran pemain berpengalaman Denmark, Hans-Kristian Vittinghus 21-7, 21-14 dalam masa 36 minit.

Tze Yong dijadual berdepan pilihan ketujuh dari India, Lakshya Sen selepas pemain itu menewaskan pemain Jepun, Kodai Naraoka 21-12, 21-11.

Loading...
Terkini