Tumpuan :
Sukan

Aidil gagal ke final Badminton Masters Kuala Lumpur

FOTO: BAM/Facebook

KUALA LUMPUR: Selepas empat daripada enam wakil negara beraksi pada separuh akhir Kejohanan  Badminton Masters Kuala Lumpur hari ini, cuma beregu campuran Chan Peng Soon dan Cheah Yee See meneruskan kemaraan ke final.

Tersingkir sebentar tadi, perseorangan lelaki Aidil Sholeh Ali yang tewas kepada pilihan pertama dari Taiwan, Lee Chia Hao.

Set pertama Aidil tampak sukar mengekang penguasaan Chia Hao yang menang 21-15.

Set kedua memperlihatkan perbezaan corak permainan Aidil sehingga satu ketika saingan  terikat 19-19.

Meskipun empat kali berjaya menghalang mata kemenangan lawan, Aidil akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan 22-24 pada set kedua.

Peng Soon dan Yee See pula  menepati ramalan sebagai pilihan pertama apabila menundukkan beregu Taiwan, Chen Zhi Ray dan Yang Ching Tun 21-10, 22-20.

Bagaimanapun hasrat peminat untuk menyaksikan pertarungan sesama sendiri pemain kebangsaan pada saingan akhir tidak kesampaian apabila satu lagi beregu campuran negara, Choong Hon Jian dan Go  Pei Kee tewas pada separuh akhir.

Hon Jian dan Pei Kee yang diletakkan selaku pilihan ke-4, kalah kepada gandingan Thailand, Teeraratsakul Pakkapon dan Muenwong Phataimas, 17-21, 17-21.

Turut tersingkir pada separuh akhir petang ini beregu lelaki, Nur Mohd Azriyn Ayub dan Tan Wee Kiong.

Mereka yang tampil selaku pilihan ke-8,  tidak cukup menggentarkan lawan dari Taiwan, Chen Cheng Kuan dan Chen Sheng Fa yang menang dalam pertarungan tiga set 15-21, 21-15, 21-15.

Sedang berlangsung di Stadium Titiwangsa,  separuh akhir beregu beregu lelaki, pertemuan pasangan negara Low Hang Yee dan Ng Eng  Cheong menentang gandingan Korea Selatan, Kim Young Hyuk dan Wan Chan.

Loading...
Terkini