comscore
Tumpuan :
Sukan

Akhyar Rashid cedera di kepala akibat disamun

KUALA TERENGGANU: Pemain bola sepak Terengganu FC, Muhammad Akhyar Abdul Rashid cedera di kepala apabila disamun malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah kondominium di sini.

Dalam kejadian kira kira jam 9 malam itu, Akhyar, 25, yang baru sahaja keluar dari kereta dipukul dengan senjata dipercayai cota di kepala dan badan oleh suspek yang tidak dikenali.

Suspek turut merampas dompet dan telefon bimbit milik mangsa sebelum melarikan diri.

Mangsa yang cedera kemudian dikejar ke unit kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun Akhyar dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini