Tumpuan :
Sukan

Aksi Harimau Malaya di pentas Piala AFF sah dilangsungkan di SNBJ

Stadium Nasional Bukit Jalil. FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan perlawanan Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2024 melibatkan Harimau Malaya akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman yang menjelaskan perlawanan Piala AFF 2024 akan dilaksanakan di venue berkenaan dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan melakukan persiapan rapi bagi aksi itu.

Beliau berkata, keputusan itu menamatkan sebarang spekulasi yang menyatakan perlawanan terbabit akan berlangsung di venue luar Lembah Kelang termasuklah dikatakan akan diadakan di Sarawak.

“Kita sudah berbincang bahawa perlawanan Piala AFF 2024 akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Oleh itu, penyokong Harimau Malaya boleh hadir ke venue untuk memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan kelak,” katanya.

Mengikut rekod skuad Harimau Malaya berdepan laluan sukar dalam usaha menamatkan kemarau 14 tahun saingan AFF 2024 selepas diundi bersama juara bertahan, Thailand dalam Kumpulan A.

Pasukan kendalian Pau Marti Vicente itu berdepan tugas getir apabila turut diundi bersama pemenang Piala AFF empat kali, Singapura selain skuad Kemboja dan Timor Leste.

Kejohanan yang memasuki edisi ke-15 itu dijadualkan berlangsung pada 23 November hingga 21 Disember depan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini