comscore
Tumpuan :
Sukan

Aksi Malaysia-Afrika Selatan ditunda ke Ahad ekoran hujan lebat

FOTO: HOKITA (TWITTER)

Oleh Hazreen Mubarak

IPOH: Perlawanan membabitkan Malaysia dengan Afrika Selatan dalam kempen Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022 terpaksa ditunda ekoran hujan lebat berterusan, malam tadi.

Pengadil menghentikan permainan pada minit ke-13 ketika Afrika Selaan sedang mendahului 1-0.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Azlan Shah, Ipoh, Perak, Malaysia yang memburu kemenangan pertama membuat asakan bertali arus ke kubu Afrika Selatan sebaik wisel ditiupkan.

Namun 3 pukulan sudut penalti yang diraih kem negara pada minit-minit awal, bagaimanapun gagal menghasilkan sebarang gol.

Sebaliknya serangan pantas lawan mengejutkan Malaysia dengan jaringan gol padang menerusi Cameron Yves Norman pada minit ke-11 menjadikan kedudukan 1-0.

Ketika permainan di suku pertama berbak dua minit, pengadil terpaksa memberhentikan sementara ekoran hujan lebat.

Selepas lebih sejam menanti, akhirnya delegasi teknikal mengumumkan penundaan ekoran hujan yang masih berterusan.

Aksi kemudian dijadual disambung semula 5 petang Ahad, 6 November ini.

Loading...
Terkini