comscore
Tumpuan :
Sukan

Aksi persahabatan Malaysia-Yaman masih ikut perancangan asal

FOTO: FAM

PETALING JAYA: Perlawanan persahabatan di antara Malaysia menentang Yaman yang dijadual berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, 20 Jun depan masih mengikut perancangan asal setakat ini.

Berdasarkan sumber FAM, badan induk itu tidak menerima sebarang notis pembatalan daripada Persatuan Bolasepak Yaman.

“Perlawanan itu tetap berjalan seperti yang dirancang.

“Setakat ini kami belum menerima notis atau maklumat mengenai pembatalan itu,” kata sumber berkenaan.

Semalam tular di media sosial mengenai pembatalan perlawanan persahabatan di antara Malaysia menentang Yaman.

Dalam satu hantaran, Persatuan Bolasepak Yaman membatalkan perlawanan itu kerana menyertai Kejohanan Bolasepak Asia Barat (WAFF) di Iraq.

Apapun skuad kendalian Kim Pan Gon terlebih dahulu akan menentang Kepulauan Solomon, 14 Jun dan jika aksi melawan Yaman kekal seperti yang dirancang, ia akan berlangsung enam hari kemudian dengan kedua-aksi di Kuala Terengganu.

Loading...
Terkini