comscore
Tumpuan :
Sukan

Aniq Kasdan Lakar Rekod Baharu Remaja Asia, Bawa Pulang Pingat Perak 

MANAMA : Atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan terus melakar pencapaian memberangsangkan apabila meraih kejayaan berganda di Kejuaraan Asia 2022 di Bahrain.

Badang berusia 20 tahun itu memecahkan rekod remaja Asia acara ‘Clean & Jerk’ kategori 61 kilogram (kg) dengan angkatan 160 kg.

 

Catatan sebelum ini dipegang Kim Chung-Guk dari Korea Utara pada 2019 menerusi 159 kg.

Mohamad Aniq kemudian menaiki podium pingat perak menyaksikan perbezaan 1 kg dengan juara Nguyen Tran Anh dari Vietnam sementara wakil Indonesia Ricko Saputra meraih gangsa menerusi 158 kg.

Atlet kelahiran Johor itu mengangkat bebanan 113 kg dalam acara snatch sekaligus mengumpul 273 kg keseluruhan dan menamatkan saingan di tempat keempat.

Loading...
Terkini