comscore
Tumpuan :
Sukan

Arab Saudi Menang Bidaan Tuan Rumah Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) 2029

 

 

RIYADH: Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik Saudi (SOPC) memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-10 yang dijadualkan berlangsung pada 2029 di TROJENA, destinasi global atau tapak pembangunan bandar mega Red City (NEOM) untuk sukan pelancongan gunung.

Menurut Majlis Olimpik Asia (OCA), lebih 32 negara Asia dijangka mengambil bahagian dalam acara itu, yang bakal diadakan kali pertama di Asia Barat.

Presiden SOPC, Putera Abdulaziz bin Turki Al-Faisal, berkata sokongan yang tidak pernah berlaku atau dilihat sebelum ini, selain ia menyerlahkan kemurahan hati dan kepimpinan berwawasan hingga menarik penganjuran sukan paling mengujakan yang akan dihoskan Arab Saudi.

“Permintaan untuk menjadi tuan rumah AWG mengesahkan kepelbagaian geografi, alam sekitar dan kekayaan semula jadi yang dinikmati Arab Saudi dan ia sedia dikongsi secara meluas dengan keluarga Olimpik Asia.

“Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan semua peminat Sukan Musim Sejuk pada 2029, bagi bersama meraikan pengalaman yang tiada tandingan di TROJENA,” katanya.

AWG ialah temasya yang menghimpunkan pelbagai sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun untuk ahli Majlis Olimpik Asia, yang menampilkan acara musim sejuk.

AWG kelapan sudah diadakan di Sapporo, Jepun pada 2017, manakala edisi kesembilan dijadualkan diadakan di Gangwon di Korea Selatan pada 2025.

TROJENA adalah sebahagian strategi untuk menyumbang bagi menyokong dan membangunkan sektor pelancongan di wilayah itu.

Dengan keunikan pergunungan barat laut Arab Saudi, TROJENA akan menampilkan seni bina unik dan inovatif di tempat yang mana memperlihatkan landskap mempesona, yang wujud bersama dengan tapak pelancongan.

Ia akan menawarkan satu-satunya pengalaman yang tiada di tempat lain di dunia, termasuk ski luar yang pertama di rantau Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Sementara itu, Pejabat Eksekutif Majlis Olimpik Asia bakal bermesyuarat di Kemboja bulan ini sebelum mengadakan Perhimpunan Agung Majlis Olimpik Asia, yang dianggap badan tertinggi untuk meluluskan keputusan untuk memberikan hak menjadi tuan rumah untuk AWG. – BERITA HARIAN / AGENSI

Loading...
Terkini