comscore
Tumpuan :
Sukan

Argentina rentap perjuangan Young Tigers

FOTO: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC)

BUKIT JALIL: Pasukan hoki negara mendapat pengajaran berguna daripada aksi kedua Piala Dunia Remaja 2023 yang menyaksikan mereka tewas 0-4 di tangan Argentina.

Anak buah Muhamad Amin Rahim itu pada mulanya turun dengan keyakinan dan percaturan baik di awal permainan ketika menentang juara bertahan itu namun gagal mengekalkan tempo.

Dikala Young Tigers beberapa kali melepaskan peluang menghasilkan jaringan, lawan mengambil kesempatan menerusi serangan balas yang disempurnakan oleh Capurro Bautista minit (m) ke-20.

Perjuangan tuan rumah kian sukar selepas Marco Aguirre Gomez Corta menggandakan kelebihan dua minit sebelum aksi berhenti rehat.

Pemain negara nyata ketandusan idea untuk mengatasi kekentalan barisan Argentina menyebabkan gerakan-gerakan diatur mudah dipatahkan.

FOTO: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC)

Skuad bimbingan Juan Gilardi yang jelas lebih berkualiti dari segi individu kemudian berrmain lebih terbuka membolehkan Inaki Minadeo menjaringkan gol ketiga dari pukulan sudut penalti m-44.

Cabaran Malaysia luntur apabila Juan Fernandez menghasilkan gol terakhir permainan m-48.

Keputusan itu meletakkan Argentina yang juga juara bertahan sebelah kaki ke suku akhir dengan enam mata berbaki satu perlawanan.

Pasukan negara yang mengumpul tiga mata tiada pilihan, perlu menundukkan Australia di perlawanan terakhir kumpulan A jam 2 petang Jumaat ini untuk menduduki posisi dua teratas carta.

Loading...
Terkini