comscore
Tumpuan :
Sukan

Arif Aiman & Endrick terlepas aksi persahabatan menentang Hong Kong

FOTO: FAM

KUALA LUMPUR: Dua pemain, Arif Aiman Mohd Hanapi dan Endrick Dos Santos terpaksa digugurkan dari kem latihan pusat skuad Harimau Malaya berikutan mengalami kecederaan.

Perkembangan itu dikongsikan Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon dalam satu kenyataan di media sosial Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), petang tadi.

“Dengan situasi terkini itu, Arif Aiman dan Endrick sah tidak dapat diturunkan untuk Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Hong Kong, Selasa ini.

 

“Pegawai dan pasukan perubatan FAM sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan pemainnya dan telah bersetuju untuk melepaskan Arif Aiman dan Endrick ​​dari kem latihan pusat ini supaya mereka dapat kembali pada tahap kesihatan terbaik selepas ini.

“Dengan ketiadaan Arif Aiman dan Endrick, baki 25 pemain lain akan meneruskan kem latihan pusat ini dan tiada penambahan pemain baharu,” jelas Pan Gon.

Untuk rekod, Arif Aiman tidak diturunkan ketika Harimau Malaya menewaskan Turkmenistan 1-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Khamis lalu manakala Endrick sempat beraksi pada babak pertama sekaligus meraih caps pertamanya.

Loading...
Terkini