comscore
Tumpuan :
Sukan

Arsenal bangkit seri 2-2 dengan Chelsea

Jaringan jarak dekat Trossard memastikan keputusan seri 2-2 menentang Chelsea pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge awal pagi tadi. – FOTO Reuters

LONDON : Arsenal bangkit pada saat akhir perlawanan dengan gol penyamaan dari Leandro Trossard untuk mengikat Chelsea dengan keputusan 2-2 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Ketika perlawanan berbaki 13 minit, pasukan Mikel Arteta itu seakan berada di ambang kekalahan pertama Liga Perdana musim ini selepas penalti awal Cole Palmer dan gol Mykhailo Mudryk pada separuh masa kedua meletakkan Chelsea di hadapan.

Bagaimanapun, hantaran daripada penjaga gol Chelsea, Robert Sanchez dapat dipintas Declan Rice memberi harapan buat Arsenal sebelum Trossard menyamakan kedudukan ketika perlawanan hanya berbaki enam minit.

Keputusan itu memberikan Arsenal satu mata berharga untuk mereka kembali ke kelompok dua teratas EPL.

Mereka terikat 21 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City dan hanya dibezakan jumlah jaringan. – AGENSI

Loading...
Terkini