comscore
Tumpuan :
Sukan

Arsenal bangkit tewaskan Man United

FOTO: REUTERS

LONDON: Arsenal membuktikan keupayaan mereka dalam pemburuan gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini dengan bangkit menewaskan Manchester United 3-2 di Stadium Emirates.

Eddie Nketiah menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90 untuk skuad kendalian Mikel Arteta kembali mendahului lima mata di puncak liga.

Sebelum itu, Nketiah memadamkan kelebihan jaringan pembukaan Marcus Rashford untuk United, sebelum penyerang England, Bukayo Saka meletakkan Arsenal di depan pada minit ke-53.

Pelawat kemudian menyamakan kedudukan apabila pertahanan Argentina, Lisandro Martinez menanduk masuk bola pada minit ke-59.

Juara bertahan, Manchester City sebelum itu merapatkan jurang kepada hanya dua mata selepas kemenangan 3-0 ke atas Wolves, hasil hatrik keempat Erling Haaland musim ini.

Arsenal kini mengukuhkan keyakinan di Emirates yang mereka mampu bertahan di puncak liga untuk meraih gelaran Liga Perdana Inggeris, yang kali terakir dimenangi pada tahun 2004.

Mereka kini mengumpul 50 mata selepas 19 perlawanan, dan bermain kurang satu perlawanan berbanding City yang menghuni tangga kedua.

United, di tangga keempat, mengalami kekalahan pertama dalam semua pertandingan sejak awal November tetapi pengendalinya, Erik ten Hag tidak berpuas hati dengan corak pertahanan pasukannya. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini