comscore
Tumpuan :
Sukan

Arsenal belasah Sheffield United

Pemain Arsenal, Ben White meraikan gol keenam bersama Martin Odegaard ketika membenam Sheffield United pada aksi Liga Perdana Inggeris di Bramall Lane, Sheffield awal pagi tadi. – FOTO: Reuters

SHEFFIELD: Arsenal mencipta rekod selepas membelasah Sheffield United 6-0 awal pagi tadi sekaligus memberi tekanan kepada Liverpool dan Manchester City dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kapten Martin Odegaard memulakan pesta gol Arsenal seawal minit kelima sebelum Jayden Bogle tertampan bola ke gawang sendiri untuk gol kedua The Gunners.

Gabriel Martinelli, Kai Havertz serta Declan Rice masing-masing meledak gol minit ke-15, 25 dan 39 sebelum Ben White melengkapkan kemenangan bergaya Arsenal minit ke-58.

Anak buah Mikel Arteta muncul pasukan pertama menang tiga perlawanan berturut-turut dalam liga utama Inggeris di gelanggang lawan dengan lima gol atau lebih.

Mereka kekal di tangga ketiga, hanya dua mata di belakang pendahulu Liverpool dan satu di belakang juara bertahan City.

Bagaimanapun, anak buah Arteta boleh merampas tangga teratas jika menang di laman sendiri menentang Brentford Sabtu ini menjelang pertembungan besar antara Liverpool dan City di Anfield sehari kemudian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini