comscore
Tumpuan :
Sukan

Arsenal dalam bahaya dan tekanan

FOTO: Reuters

LONDON: Arsenal berada dalam tekanan dalam usaha memburu trofi pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak tahun 2004 apabila mencatat keputusan seri 3-3 menentang Southampton, awal pagi tadi.

Keputusan itu menyaksikan The Gunners mengutip 75 mata, hanya berkelebihan lima mata berbanding pencabar terdekat, Manchester City yang kurang dua perlawanan.

City dan Arsenal akan berentap di Etihad, 27 April ini dan sekiranya City menang atau seri menentang Arsenal, skuad kendalian Pep Guardiola akan dinobatkan selaku juara tidak kira keputusan yang diraih skuad Mikel Arteta.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Emirates awal pagi tadi, penjaga gol, Aaron Ramsdale bolos dengan jaringan Carlos Alcaraz selepas 27 saat permainan bermula.

Lebih menyakitkan, bekas pemain mereka, Theo Walcott menggandakan jaringan untuk pasukan di tangga tercorot Liga Perdana Inggeris itu.

Gabriel Martinelli merapatkan jurang untuk Arsenal sebelum Duje Caleta-Car menanduk masuk gol ketiga Southampton.

Martin Odegaard mencetuskan kebangkitan Arsenal dengan gol kedua sebelum Bukayo Saka menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan untuk The Gunners mengelak kekalahan pertama dalam 10 aksi.

Loading...
Terkini