comscore
Tumpuan :
Sukan

Arsenal Perlu Bangkit – Arteta

FOTO: AP

LONDON: Arsenal perlu segera melupakan kekalahan 2-0 dalam Liga Europa di tangan PSV Eindhoven ketika mereka berdepan jadual padat kata pengurus, Mikel Arteta.

PSV mara ke peringkat kalah mati kejohanan kelas kedua Eropah itu hasil jaringan Joey Veerman dan Luuk De Jong.

Keputusan itu menamatkan permulaan 100 peratus Arsenal dalam Kumpulan A namun mereka sudah mengesahkan tempat di dua kedudukan teratas sebelum kekalahan berkenaan.

“Saya sangat kecewa. Ia menamatkan rentetan aksi kami menang banyak perlawanan dan hari ini kekalahan pertama kami (sejak permulaan September) dan kami perlu bangkit,” kata Arteta.

Skuad kendalian Arteta akan melalui dua perlawanan di tempat sendiri dalam tujuh hari berikutanya – menentang Nottingham Forest dalam Liga Perdana Ahad ini dan kemudian FC Zurich dalam aksi terakhir Liga Europa pada Khamis.

Manchester United yang menang 3-1 di laman sendiri berdepan Arsenal pada 3 September memberikan kekalahan tunggal mereka dalam Liga Perdana setakat musim ini. – REUTERS

Loading...
Terkini