comscore
Tumpuan :
Sukan

Arsenal rampas kedudukan teratas EPL

LONDON: Arsenal melonjak ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL),  selepas Kai Havertz menjaringkan gol lewat untuk kemenangan 2-1 ke atas Brentford di Stadium Emirates.

Skuad kendalian Mikel Arteta seakan terpaksa akur dengan keputusan seri apabila penjaga gol Gunners Aaron Ramsdale menghadiahkan jaringan penyamaan untuk Yoane Wissa.

Declan Rice meletakkan Arsenal di depan pada minit ke-19, tetapi Ramsdale menunggu terlalu lama untuk mengeluarkan bola di akhir babak pertama dan Wissa berjaya menampan bola ke dalam gawang.

Bagaimanapun Havertz memastikan Arsenal tidak terlepas peluang untuk memintas pendahulu, Liverpool dengan tandukan padu empat minit sebelum tamat aksi di hadapan penyokong sendiri.

Kemenangan liga kelapan berturut-turut itu melonjak Arsenal ke tangga teratas mengumpul 64 mata menerusi 28 perlawanan, satu mata di depan skuad kendalian Jurgen Klopp.

Arsenal akan kekal di puncak Liga Perdana Inggeris menerusi kelebihan perbezaan gol jika Liverpool dan Manchester City seri dalam pertembungan di Anfield malam ini.

“Esok adalah hari yang baik untuk menonton perlawanan bola sepak yang hebat. Ia tidak terletak di tangan saya.

“Menyeronokkan dapat menjadi sebahagian daripada liga ini dan sebahagian daripada sesuatu yang istimewa yang kami cuba capai,” kata Arteta.

Gol kesembilan Havertz sejak berpindah dari Chelsea membuktikan kesungguhan Arsenal untuk menebus kekecewaan musim lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini